Wednesday, February 23, 2011

Surah Pilihan~Surah Al-Kahfi~


~Surah Al-Kahfi~


Weh cepatnya masa berlalu, pejam celik, pejam celik dah nk masuk ari jumaat blik. Teringat apa yang ustazah aq bgitau dalam kelas suatu ketika dulu, katanya di akhir zaman ni kita akan merasakan putaran masa terlalu singkat..memang btul pon kn? cepat ja..sedar xsedar umo aq skrang pon dh nk masuk 23taon..dh tua dah..huhu

Ha memandangkan esok lusa dah nk masuk hari jumaat apa kata kita berkenalan/ fahami dengan lebih lanjut tentang fadhilat, keistimewaan dan hikmah yang terdapat dalam surah al Kahfi ni.

Tadi aq da belek-belek buku 40 surah pilihan terbitan darul fajar yang disemak oleh Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz...Buku ni memang best..dan tak rugi anda memilikinya..hihi(promot buku lak)

******************************

Erm surah Al Kahfi ni (bererti gua) adalah surah yang ke -18 di dalam ayat Al Quran, yang mengandungi 110 ayat. Ia dinamakan Al Kahfi kerana dari ayat 9 hingga ayat 26 menceritakan penduduk gua yang ditidurkan oleh Allah swt selama lebih tiga ratus tahun, demi iman mereka yang amat teguh terhadap dasar tauhid.

Terdapat beberapa hadis Rasulullah saw yang menyatakn berbagai fadhilat,faedah dan hikmat bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al Kahfi. Diantara sabda baginda yang diriwayatkan oleh Al Baihaqi dari Abu Said Al Khudri bermaksud:

"Sesiapa yang membaca surah al Kahfi pada malam jumaat maka terpancarlah cahaya diantaranya dan baitullah."

Antara lain pula, Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda' daripada nabi saw ,baginda bersabda:

"Sesiapa menghafaz sepuluh ayat permulaan surah al kahfi maka terhindar lah daripada dajjal"
(HR Muslim,Abu Daud, An Nasai,At Tirmizi daripada Qatadah)

Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda', nabi saw bersabda:

"Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripda surah al Kahfi, maka terhindarlah ia daripada itnah dajjal"
(HR Muslim dan An Nasai)

Selain dari itu sebuah lagi hadis Rasulullah saw bermaksud:

"Sesiapa membaca surah al Kahfi pada malam atau siang hari jumaat, maka diampunkan dosanya hingga jumaat akan datang; dan tujuh puluh ribu malaikat memohonkan rahmat kepada Allah swt hingga waktu subuh, dan dijauhkan Allah dari terkene wabak penyakit demam panas atau taun; penyakit sopak;dan dijauhkan dari fitnah dajjal."


***********************

Teringt plak masa zaman aq sek dulu..surah al Kahfi ni juga adalah antara surah yang kitorang selalu baca n berusaha untuk hafal masa duk kt asrama dulu..memang banyak fadhilatnya..antaranya untuk elak dari fitnah dajjal...

Siapa itu dajjal??

Dajjal ni sebenarnya seorang pembohong besar yang akan keluar di akhir zaman yang mengaku sebagai tuhan. Iia digelar al masih kerana menjelajahi seluruh dunia bagaikan hujan yang dibawa oleh angin kecuali terhalang masuk ke Makkah dan Madinah. Dajjal seorang yang buta sebelah matanya serta tertulis diantara kedua matanya 'kaf fa ra' yang hanya dapat dibaca oleh orang mukmin. Fitnahnya sangat besar dan diantaranya dan diantaranya memerintahkan langit untuk menurunkan hujan maka turunlah, memerintahkan bumi untuk menumbuhkan tanaman maka tumbuhlah.kemunculannya telah ditegaskan oleh sunnah dan ijma'. Dajjal ini nanti akan dibunuh oleh nabi Isa. Nabi Isa pula akan wafat dan disolatkan oleh kaum muslimin.

**Banyak hadis Rasulullah yang menceritakan tentang fadhilat surat Al Kahfi ni. Di dalam surah ini juga Allah swt ada menceritakan mengenai nabi Allah Musa as yang mencari ilmu dan bertemu dengan Nabi khidir as yang bermula dari ayat 60 -ayat 82.


2 comments:

Wafi said...

MOga2 dapat amalkan surah al-kahfi ni... baca sekali ngan maksud lagi bagus... :)

chammy said...

amin..smoga menjadi amalan harian kita..ha ah btul klu baca skali ngn terjemahan lagi afdhal..