Friday, February 18, 2011

Wahai Wanita.........



Today is Friday.(padahal sume org tau hari ni hari jumaat..hihi)..ari ni ari yg plng aq suke sbb esok kn cuti..hehe..

Erm cpat btol detik masa berlalu ni kn,pejam celik pejam celik dah nk masuk mgu ke 7..PSM aq xsiap2 pon lagik..huhu..takutnye..ptg tadi ada briefing for Industrial Training..huh makin belambak ler keja nk kne disetelkan..

Ha tadi aq saje belek2 buku hadiah buat Muslimah,ada satu puisi yang amat menarik untuk kite hayati bersama.. Jom layannnnnnn.......
Fikir-fikirkan dan selamat beramal..(^_^)





***********************


Mampukah aku menjadi seperti khadijah
Agung cintanya hanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah kudidik jiwa seperti Aisyah?
Isteri rasulullah yang bijaksana
Pendorong takkala kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang
Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang
Tiada sebarang harta dunia
Layaklah dia penghulu wanita syurga...

Ketika aku marah
Ingin kuintip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah
Mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka?
Mati dalm keunggulan iman
Bersinar indah,harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...



*******************
Petikan dari Hadiah Buat Muslimah..

No comments: