Friday, November 5, 2010

Dajal...

salam pembuka bicara...tadi sambil layan fesbuk sya da tebaca artikel pasal dajal..nauzubillah..dasyat nye..jom sama2 kite ambil iktibar n pengajaran...

*************

Berita tentang bayi bermata satu yang dilahir di Israel beberapa tahun lalu menjadi gempar. Ramai yang membuat ramalan, inilah dajal yang dijanjikan Allah lewat hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Kemunculan dajal di akhir zaman memang sentiasa ditunggu-tunggu. Dan memang kita pun sekarang ini telah berada di satu episod akhir zaman. Tanda-tanda kecil kiamat sudah kita lihat hampir keseluruhannya, setiap hari. Hanya menanti tanda-tanda besar saja yang belum berlaku. Antaranya dajal.

Dajal… popularnya manusia yang memiliki nama itu. Ada berbagai-bagai versi cerita tentangnya yang menimbulkan bermacam-macam persepsi. Tapi kebanyakan orang Islam di Malaysia dan Nusantara amnya beranggapan dajal adalah makhluk bermata satu melintang. Ada juga yang mengatakan bahawa dia separuh manusia dan separuh jin kerana ibunya berasal dari keturunan jin dan ayahnya daripada bangsa Yahudi.

Sebagaimana yang telah disebutkan di awal-awal tadi, dajal adalah manusia dan sememangnya dia adalah manusia biasa. Dia bukan keturunan jin, gergasi, dewa atau apa saja yang selain manusia. Banyak persoalan yang timbul tentang dajal menjadi salah faham. Antaranya: Siapa dajal? Di mana tempat tinggalnya? Siapa keturunannya? Bila dia dilahirkan? Bagaimana rupa fizikalnya? Bila dia akan muncul? Dan bagaimana untuk mengelakkannya?


Memang benar dajal tidak ada disebut di dalam al-Quran tetapi ia banyak disebut di dalam hadis nabi. Malah banyak hadis nabi yang salih menceritakan tentang dajal, yang menyebutnya sebagai salah satu tanda besar kiamat. Masalahnya banyak juga hadis yang palsu tentang dajal, ia menimbulkan salah faham masyarakat tentangnya.

Menurut pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd. Othman, banyak hadis yang salih menceritakan perihal dajal yang lengkap termasuk untuk mengelakkan fitnah dajal.

Katanya berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, “Sesungguhnya dajal adalah lelaki yang pendek, badan gempal, matanya rosak (mengecut). Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu tidak rosak matanya.

Dari situ sudah jelas bahawa dajal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kekuasaan luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan memberi peringatan berkenaan dajal yang matanya rosak dan pembohong.

Tambahnya lagi, dajal adalah manusia yang ada keistimewaan, telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad. Dia digelar al-Masihi ad-dajal kerana matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati.

“Tertulis di dahinya perkataan, ‘Kaf-Fa-Ra’ (kafir). Tulisan itu boleh dibaca oleh semua orang Islam sama ada dia pandai membaca atau tidak. Asalkan orang itu mengucap syahadat maka tulisan itu boleh dibaca.

“Yang pastinya dajal adalah manusia yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah, sehingga suatu masa dengan keizinan Allah dia akan muncul semula untuk menguji keimanan manusia,” jelas Fadlan.

Terdapat lagi hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah di dalam sahih Muslim bermaksud, “Dajal ialah orang yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya pula adalah neraka.”


Pulau Bermuda... dikatakan menjadi tempat persembunyian dajal.

KEISTIMEWAAN DAJAL
Allah memberikan dajal banyak keistimewaan untuk menguji keimanan manusia ketika akhir zaman nanti. Semua itu telah dijelaskan di dalam hadis sahih. Di antara keistimewaannya selain boleh menghidupkan orang mati, dajal juga ada beberapa keistimewaan. Antaranya:

Pertama, ada bersamaan syurga dan neraka. Dajal akan menggunakan kedua-duanya untuk menguji keimanan orang Islam. Apa yang dajal berikan sebagai syurga sebenarnya adalah neraka. Dan apa yang diperlihatkan sebagai neraka sebenarnya adalah syurga.

Kedua, dajal akan pergi ke daerah yang kemarau, kebuluran dan hasil dagangan tidak menjadi. Dajal akan menurunkan hujan di daerah itu jika penduduknya mengaku beriman kepadanya. Maka daerah itu akan kembali subur dan hasil dagangan melimpah ruah. Manakala bagi daerah yang penduduknya tidak mahu mengaku dajal sebagai tuhan, akan berada di dalam kebuluran dan kesusahan.

Ada sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bermaksud, “Para sahabat bertanya: Ya Rasulullah, apa yang dimakan oleh orang Islam yang beriman pada hari itu nanti?”

Rasulullah menjawab, “Mereka akan menjadi kenyang dengan tahlil, takbir, tasbih dan bertaubat. Zikir-zikir itu yang akan menjadi makanan mereka.”

Ketiga, boleh menjelajahi seluruh pelosok bumi ini di dalam masa 40 hari dan kepantasan yang luar biasa. Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim menjelaskan, “Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimana kepantasan perjalanannya di muka bumi ini? Nabi menjawab: “Kepantasan perjalanannya adalah seperti Al-Ghaist (hujan atau awan) yang dipukul angin kencang.” Hanya dua tempat saja yang tidak boleh dimasuki oleh dajal iaitu Mekah dan Madinah.

Menurut Fadlan, Nabi mengingatkan orang yang beriman supaya menghindarkan diri dari berjumpa dengan dajal. Malah nabi bersabda, hanya seorang lelaki dari Madinah yang dapat berdepan dengan dajal. Lelaki itu akan mengatakan bahawa kamu adalah dajal lalu lelaki itu dibunuh oleh dajal. Kemudian dajal menghidupkan semula lelaki itu. Lalu dajal berkata tidakkah kamu percaya kepada aku. Lelaki itu menjawab, “Tidak, melainkan bertambah keimananku kepada Allah.” Kemudian dajal cuba membunuh lelaki itu tetapi telah diselamatkan oleh Allah.


BILA DAJAL DILAHIRKAN
Menurut Fadlan, dajal telah ada di muka bumi ini sejak zaman nabi lagi. Ia telah dipenjarakan di sebuah pulau seperti mana yang disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Fatimah Qais, Nabi menceritakan tentang Tamin ad-Dari yang beragama Kristian tetapi telah memeluk Islam. Tamin pernah bercerita padaku tentang satu perkara yang pernah aku ceritakan kepada kalian mengenai al-Masihi ad-dajal.

Tamin telah berlayar bersama 30 orang anak kapalnya. Tiba-tiba kapalnya dipukul rebut dan mereka terdampar di sebuah pulau. Di pulau itu ada seekor binatang yang lebat bulunya hingga tidak dapat dikenal yang mana ekor dan kepalanya. Binatang itu yang dinamakan al-Jassasah (si pencari berita). Di situlah bermulanya dialog anataraTamim dan al-Jassasah.

Al-Jassasah: Wahai manusia pergilah kamu berjumpa dengan lelaki itu.

Lalu Tamim dan kumpulannya masuk ke dalam hutan dan berjumpa dengan manusia yang dimaksudkan. Lelaki itu mempunyai saiz badan yang besar daripada manusia biasa, dirantai dengan rantai yang cukup kuat, tangannya diikat ke leher, di antara lutut dan buku lalinya dirantai dengan besi.

Tamim: Siapakah kamu?

Dajal: Kamu akan tahu siapa aku nanti. Tapi siapa kamu?

Tamim pun jelaskan siapa dia sebenarnya dan kisah kapalnya yang dipukul badai lalu terdampar di pulau itu.

Tamim: Kami adalah orang Arab, kami sesat.

Dajal: Beritahu aku tentang kebun-kebun kurma di Bysan. Adakah ia sedang berbuah?

Tamim: Ya.

Dajal: sekejap lagi kebun itu tidak akan berbuah lagi. Beritahu aku tentang tasik Tabariah, adakah masih banyak airnya?

Tamim: Airnya banyak lagi.

Dajal: Tidak lama lagi airnya akan berkurangan dan kering. Beritahu aku tentang mata air Zughar. Adakah masih banyak airnya dan digunakan oleh penduduk untuk bertani.

Tamim: Banyak dan masih digunakan oleh penduduk.

Dajal: Tidak lama lagi air itu akan kering. Ceritakan padaku tentang nabi Arab yang buta huruf. Sudahkah dia keluar dari Mekah dan menetap di Madinah. Adakah orang Arab sudah memeranginya dan kemudian mentaatinya?

Tamim: Dia sudah keluar dari Mekah dan menuju Madinah. Orang Arab telah mentaatinya.

Dajal: Betulkah itu? Sesungguhnya mentaatinya adalah lebih baik. Aku akan mengatakan pada kamu tentang diri aku. Aku adalah al-Masihi ad-dajal sesungguhnya masanya sudah semakin hampir aku akan diizinkan untuk keluar. Aku akan berjalan di muka bumi dan masuk ke seluruh daerah di dalam tempoh 40 hari kecuali Mekah dan Madinah. Kedua-dua negeri itu dilarang bagiku, setiap kali aku ingin memasukinya aku akan diadang oleh malaikat yang di tangannya ada pedang berkilau dan tajam menghambatku.

DAJAL TINGGAL DI MANA?
Di manakah kedudukan pulau itu pun dijawab oleh Nabi Muhammad menerusi sabdanya,: “Ketahuilah bahawa dajal berada di laut Syam dan laut Yemen… akan datang dari arah Timur (lalu baginda menunjukkan tangannya sebelah Timur).” – Riwayat Muslim.

Kemudian ada satu lagi hadis yang menunjukkan dengan tepat dari mana dajal keluar yang kemudian disertai oleh pengikutnya terdiri dari orang perempuan dan kanak-kanak. Daripada Abu Bakr al-Siddiq, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Dajal akan muncul ke bumi dari arah Timur bersama Khurasan.” Riwayat al-Tarmizi.

Di dalam hadis yang lain pula daripada Anas bin Malik, bersabda Rasulullah s.a.w.,: “Dajal akan keluar dari kota Yahudi, Khurasan bersama 70,000 Yahudi dari Isfahan.” – Riwayat Imam Ahmad.

Menurut Fadlan, ketika keluarnya dajal, ramai perempuan dan kanak-kanak akan menjadi pengikutnya. Sehinggakan orang lelaki terpaksa bertindak mengikat ahli keluarga perempuan mereka supaya tidak menjadi pengikut dajal.

“Menerusi penyelidikan yang saya lakukan juga, didapati bahawa air tasik Tabaria yang terletak di sempadan Syria-Palestin dan mata air Zughar si Selatan Syria sudah semakin berkurangan.

Adakah itu bermakna dajal sudah semakin hampir tempoh pembebasannya. Jika benar apakah persediaan kita untuk menghadapinya?

Jelas Fadlan, Rasulullah telah memberikan beberapa tip kepada umatnya untuk mengelakkan fitnah dajal. Perkara pertama perlu dilakukan adalah menghafal 10 ayat pertama surah al-Kahfi.

Kedua kita diarahkan oleh Rasulullah supaya membaca doa ini sebelum salam setiap kali solat, “Ya Allah, aku berlinding dengan-Mu dari azab neraka jahanam, azab kubur, ujian hidup dan mati dan kedahsyatan ujian al-Masihi ad-dajal.”

Katanya, dajal akan menjelajah seluruh dunia dan akan berakhir di Baitulmaqadis dan dibunuh oleh Nabi Isa. Seperti mana yang disebut di dalam sahih Muslim, “Dajal akan dibunuh oleh Nabi Isa, selepas Nabi Isa dan umat Islam bersolat di belakang al-Imam Mahdi, mereka berhadapan dengan dajal dan tenteranya. Bila dajal lihat Nabi Isa, dajal akan mula cair. Akan tetapi Nabi Isa dapat membunuhnya dengan menikamnya.”

(Dipetik dari Al-Islam keluaran November 2010)



Tasik Tabariah a.k.a. Sea of Galilee... dajal sedang menanti air tasik itu kering.

Tuesday, November 2, 2010

PERANG SALIB:PEMBEBASAN PALESTIN

Salam pembuka bicara...aloh lamo beno dh xupdate blog ni..hihi..biasalah ceq membusykan diri sejak 2 menjak ni.hhihi..malam ni ase cm rajin lak nk menaip..sebenrnya xtau pa nk buat,dh penat2 kmas buku,ternampak lak buku yang beli ari 2.xabis baca pun lg..dah xda keja sngt ceq amik lah buku ni baca buku la konon..hihi..rajin ank sape nih..huhu..

belek punya belek buku tu, tetiba mata terfokus pasal lak kisah perang salib ni..actually dh lama dh nk tau lebih lanjut sal kisah perang salib ni,mlm ni dpt peluang baca,pa lg baca la..huhu..

kisahnye cm ni.....ihihi



**************


PERANG SALIB: PEMBEBASAN PALESTIN


Salah satu peristiwa yang berlaku dalam bulan Ramadhan adalah peritiwa Perang Salib yang berlaku pada ramadahan 584 Hijri. Perang Salib tercetus apabila Pope Urban II,Paderi besar Kristian seluruh dunia mengadakan sidang paderi di Clermont, Perancis pada bulan November 1095. Dalam sidang paderi itu, Pope Urban II menyentuh sensitiviti umat kristian yang melakukan ‘ haji ‘ di Jerusalem. Sebenarnya, Empayar Islam Seljuk (1037-1194m) meluaskan pengaruhnya ke atas empayar Rom Byzantine (330-1453m) di turki. Dalam pertempuran Manziket pada 26 Ogos 1071,Tentera islam Seljuk pimpinan Alp Arslan berjaya mengalahkan tentera Rom Byzantine pimpinan Romanos IV Diogenes.Empayar Rom Byzantine ketika itu meliputi Turki, Greece sebahagian mesir,Jordan dan Jerusalem.Bagi menyelamatkan empayar Maharaja Rom Byzantine,Alexios I Komnenos meminta pertolongan dari Eropah.

Ucapan penuh emosi Pope Urban membangkitkan semangat dalam kalangan umat kristian di seluruh dunia.Dalam ucapan itu,Pope Urban sekali lagi menuduh umat islam memasuki Jerusalem lalu memusnahkan rumah ibadah kristian di sana.Sehubungan itu,belia menggesa umat kristian supaya membebaskan Jerusalem daripada pemerintahan islam Seljuk termasuk Bathelehem,Nazareth dan Galilee. Tempat –tempat ini dianggap suci mempunyai kaitan yang rapat dengan agama kristian terutamanya tempat nabi Isa dilahirkan sehingga belia didakwa disalib di sana.

Pada masa yang sama,mereka tidak sedar antara kebenaran yang disampaikan oleh Pope Urban yang tidak melampirkan sebarang fakta dan sumber yang tepat. Apa yang berlaku adalah mereka terkejut dalam angan2 yang direka oleh pope Urban demi mencapai impiannya. Bertitik tolak dari sini,Pope Urban menubuhkan pasukan tentera salib bagi menyerang dan merampas tempat2 suci orang kristian daripada pemerintahan Islam.Beliau juga menjanjikan mereka yang mentertai pasukan ini akan mendapat keberkatan Jesus sehingga misi ini berjaya.Vatican turut mengumpul sukarelawan perang dan menjanjikan syurga dan penghapuskan dosa.Mereka juga mengatakan membunuh umat isalm adalah halal dan mereka yang berbuat demikian dijamin masuk syurga

Apabila sidang paderi Kristian itu selesai,ramai di kalangan orang kristian yang sukarela mahu menyertai tentera Crusade. Pihak Vatican mengirim surat kepada raja-raja Eropah meminta bantuan beserta sukarelawan daripada rakyat mereka. Dalam masa yang singkat,kandungan ucapan Pope Urban tersebar ke seluruh Perancis. Ramai dikalangan pemimpin,ibu bapa menggesa supaya akyat dan anak-anak mereka menyertai tentara itu sekaligus bakal mendapat harta rampasan yang banyak selepas perang.
Bagi sesetengah paderi mereka menganggap ini adalah kuasa tuhan Jesus yang menggerakkan hati mereka untuk menyertai Crusade walaupun sebahagian besar daripada mereka hanya menuntut harta di tanah Jerusalem berbanding dengan mereka yang benar ikhlas kerana agamanya.

Seluruh penduduk miskin di Eropah bahkan hingga ke Scotland menyerti pasukan itu. Mereka mengadai tanah dan ternakan mereka sebagai modal dalam perang Crusada.Masing2 mewakili wilayah daerah di bawah pimpinan pemimpin,bangsawan dan anak2 raja. Setahhun selepas ucapan Pope Urban,pasukan besar Crusade dibentuk. Pada musim buah tahun 1096,mereka bertolak dari perancis menuju ke Jerusalem.mereka dipimpin oleh padeeri yang terkenal dan hebat berpidato iaitu Peter Hermet.Beliau terkenal dengan watak zuhud,berkaki ayam dan menunggang keldai.hampir setiap kawasan yang disinggahi beliau diajak bagi menyertai tentera salib.

Pasukan ini berlepas dari Cologne di Jerman pada bulan Mei 1096.Peter memikul kayu salib besar diikat di belakangnya.Tentera2 juga memakai uniform yang mempunya tanda salib pada kain mereka.kerana itu mereka dikenali sebagai Perang Salib.

************************************



actually pnjang lg kisah perang salib ni..tp untuk entry kali ni,sampai cni ja ek..kte continue lak ntii..

Monday, August 23, 2010

Hilangnya permata berharga......

Salam ramadhan..ok mlm ni tiba2 sya rasa trpanggil untuk buka blog n taip entry ni..HILANGNYA PERMATA BERHARGA!!..HIhi..mcm gempak ja kn tjuk ni..apakah permata berharga yg dimaksudkan ni?fikir2 kn dan renung2kan dan selamt beramal..hhi..ni ucapan yg slalu kte dgr kn..hiihi..

***********************

Tghri td masa blik dari test OSHA cuaca mmg panas terik,pas2 dlm pkul 1 cuaca bertukar mendung berarak kelabu n then sekitar bumi parit raja bertukat mnjadi basah..hihi..jd al biasalah klu dh hujan2 ni,aktivitinya agk menarik..tarik selimut n then tido..hihi..tp dek kepntan yg amt sgt,sya xblh nk tdo,so sy amik la majlh solusi isu 22 ni..tiba2..jeng2..hhi..jumpa la 1 part pasal soal jawab fiqah..sya tertarik pada 1 soalan ni..soalannya ber bunyi mcm ni...

"Sekiranya kite mnjumpai barang yang berharga di tempat umum,apakah tindakan yang patut dilakukan supaya ia tidak diambil oleh orang yang rosak hatinya?Bolehkkah barang tersebut dimiliki dan digunapakai sekiranya tiada siapa yng menuntutnya setelah sekian lama??"

HIHI..bukan main intronye pnjg lebar..actlly tjuk yng sya nk crita ni adalh berkaitan ngn barang yang hilang..tajuk bkn main lg kn..hihi..


******************************

ok berbalik pada soalan td,jawapannya disini adalh,terdpt 2 keadaan,makruh mengmbil/mengutip brg yg dijumpai sekiranya tidak yakin dpt menjaga brg tersebut,ttp mnjdi sunah pula bagi mereka yg amanah dlm tindakannya.

terdpt 4 kategori brng yg dijumpai:
1)brg yg brharga/brnilai serta tdk mudh rosak spt emas,perak,dan seupamanya.
2)brg yg x thn lama bhkan cpt rosak spt mknn sayur dan buah segar
3)brg yg blh tahan lama sekiranya dikeringkan spt anggur dan tamar(kurma)
4)binatng.(terbahagi kpd 2.pertama bntng yg xpndai mjga dirinya sendiri drpd gangguan bntg buas/manusia iaitu kmbing,ank lmbu dn seupamanya dan yg kedua adlah bntg yg boleh mnjga dirinya spt lembu,unta,kuda dan seupamanya.)


Antara tindakan yg boleh diambil:-

Orng yg terjumpa brg yg hilng ini sunatkn untuk menulis sifat2nya,masa dan tmpat yg dijumpai tkut dikhuatiri kite akn lupa...

ok..bagi brg dlm kategori prtama. Jika anda mahu memilikinya/mnjganya anda diwajibkn mmbuat pengumuman slma tempoh stahun smada pengumuman di tmpt brg yg dijumpai ataupn di media massa..
manakala brg dari kategori kedua dan ketiga,bolehla membuat pengumuman dlm sekadra masa yg singkat.jika brg yg dijumpai itu tdk bernilai xperlulah membuat pengumuman.

Dan binatng yang boleh mnjaga dirinya spt unta,lembu kuda dan seupamanya adalh haram mengambilnya..sebagaimana sabda Nabi saw yg bermaksud:"biarknlah binatng itu.ia mampu mencari air sendiri dan mencari mkn sendiri sehingga bertemu dengn tuanya..

Wlaubagaimanapn bintng spt kmbing,ank lembu dan seupamanya blh membuat plhan sama ada:

1)memakannya n mnjadi penhutang kpd pemiliknya
2)membiarkan /melepaskn begitu sj
3)mjga bntng itu dgn perkhidmatan percuma/mnjualnya dng mnyimpan wang tersebut utk pemiliknya..


p/s>>>Oleh itu urusan ini perlulah sifat amanah si penemu agar tiada sbrng perkhianatan brlaku atas brng tersebut.Sabda baginda yng bermaksud:"Tiada iman bagi yang tiada amanah dan tiada agama bagi orng yang tidak (dipercayai)janjinya."(Riwayat Ahmad dan al- Tabrani)


****************************

Sekian..hihi..tingat lak pasal citer nujum pak belalang, blalang bwa blik kambing ngn lembu yg dicuri oleh si penyamun 2 org tu..hihi..

Sunday, August 22, 2010

DOAKU UNTUKMU(~_^)

salam pembuka bicara..alohai dh lama beno dh xupdate blog ni.hihi..biasala tgn xsmpat nk buat bnyk keja dlm satu masa kn..hihi..(alasan..pdhal mlas..ekeke)hah cpt nye masa berlalu..asgmnt,test quiz,presentation,report ,lab segala bgai juadah ad..tp 1 pn blm settle lg..adoi ni blm cter pasal psm lg..(p/s:.jgn mengeluh.kihkih..klu xbuat mcm mana nk siap kn.btul x??..btol3x..upin>)..

ok untuk entry kli ni sya ad 1 cerita..nk dgr x??hehe..ok jom layannn..


******************************

Nk dijadikan cerita,ada 2 org shbt yg bnama Ahmad dan yg sorang lg namanya Ali.(xda nama lain ka??asyik ahmad ngn ali ja..)Ahmad ngn Ali ni mmg sahabt karib n mereka ni tinggal brjiran. Masing2 antara mereka ni tidak berharta dan hidup dlm kesempitan dan kemiskinan. Walaupn mereka ni xberharta tpi mereka ni rajin berusaha. Setelah seharian penat mencari rezeki mereka tidak lupa utk meminta doa.begitulah kelaziman mereka ber2, setlh pnt bkerja mncari rezeki mereka akn singgah ke masjid utk solat dan brdoa..

Pada suatu hari..(jeng2) Si Ahmad bertanya pada shbat baiknye,Ali.
"Apa doamu hari ini?"
"Aku pinta semoga esk hari aku dimurahkan rzeki.Bulan ini perbelanjaan aku lebih dari biasa,"jawab Ali.
"Doa kau?" tanya pula si Ali.

Ahmad cuma trsenyum tanpa berkata apa2....


Keesokan harinya,Ali memberi tahu Ahmad berita gembira."Alhamdulillah semlm doaku dimakbulkan Allah.Majikan ku memberikn ku bonus pada hari ini."

"Alhamdulillah.Hari ni kau akn berdoa apa pula?" tanya Ahmad
"Aku berdoa semmoga isteriku selamt bersalin," jawab Ali.

Mereka ber2 pn masuk lah ke dlm masjid, mengerjkan solat n masing2 berdoa. Sejurus usai berdoa,Ali bertanya pada si Ahmad,"Kau pula berdoa untuk apa hari ini?"
Ahmad senyum masih tidak ada jawapan.

Beberapa hari kemudian Ali memberi tahu berita gembira.
"Syukur isteriku selamt selamat bersalin mlm td.Nampaknye doa aku makbul Mad."
"Tahniah, Ali."
"Aku berdoa juga agar anakku selamat," kata Ahmad dengn wajah muram.
"Kenapa dengn ank kau?"
"Ankku yng bongsu sakit, Ali.Keadaanya amat membimbangkan."
"Insya Allah,kau doa lah kuat2 sikit.Minta ankmu selamt." kata Ali.

Beberapa hari kemudian,mereka berbual seusai solat seperti biasa.

"Bagaimana dengn ank kau?"tanya Ali.
"Macam itu juga.Sudah beberapa hari tp keadanya cuma bertambah baik baik sikit sahaja."
"Doa banyak lagi Ahmad.Akku xsangka doa ku sgt makbul.Hampir setiap yg aku doakn mustajab.tapi kau......"kata Ali.

"kenap dngn aku?"
"Mad aku lihat doamu tidak mustajab."

Ahmad tersenyum.
Melihat Ahmad tersenyum si Ali semakin hairan lalu bertanya lagi,"aku hairan, doa kau tidak makbul tapi kau masih boleh tersenyum?"

"Sebenarnya doaku telah banyak dimakbulkan Allah.Syukur Alhamdulillah."
"Doa yang mana? Sebab aku lihat tidak ada apa2 perubahan pn pada kau."
"Doaku sejak dulu hanyalah untuk kau,sahabatku. Setiap hari aku berdoa agar Allah makbulkan setiap apa yang kau doakn kepada -Nya..




********************************


Bila dk taip entry ni sya tingat pula tyme zaman2 sekolah dlu..sya dlu,masa sekolah tngal kt hostel.Jadi pagi2 dpt la dgr halwa telinga pagi,kuliah subuh masa kt surau..sya ingt lg pesan sorang ustaz ni,masa 2 dh dekt nk trial exam STPM..Ustaz sya bgtau klu nk sruh doa kite ni mudah dimakbulkan Allah,lagi elok/afdal klu masa berdoa untuk shbt2 kte 2,kte sebut nama sahabat kite ni skali..Klu kite doakan sesuatu kebaikan/kejayan untuk shbt kite insyaAllah mailakat akn turut doakan kebaikan /kejayan kita...


*********************************


p/s>>moral of the story:apa ye yg kite dpt dri kisah di atas:::
pengajarannya adalh doa kita untuk shbt,saudaramara dn orang lain snt tinggi nilainye di sisi Allah.Apatah lagi jika kita berdoa tanpa pengetahuan orng yang kite doakn..(^_^)

Monday, August 9, 2010


Salam....hohoho dh lama dh sya xbuka blog ni..maklum la bnyk sgt keja yg brtangguh nk di settle kan..hihi(ala2 YB lak rasenye..)..mcm bnyk plak yg sya nk share mlm ni..hihi..mklum la dh nk msuk bulan puasa ni bnyk la plak nk dihebohkan,hihi..bju raya dh jhit ka??nk pakai bju color ape taun ni..huu??biasa la adat pompuan..bju rya 2,3 ,4 pasang..

Sebut ja pasal rya ni tket nk blik kg sya xbli lg..huhu.tket train nk blik rya sume dh abis..terpksa la taun ni sya blik rya naik bas..huhu..pnat nye..tp klu blik kg punya pasal penat mcm mane pn xkisah dh..hihi....

Eh mcm lbh2 lak sya ni..puasa pn x lg dh sibuk2 dk pkir pasal nk blik rya..hihi..Pg tdi sya ada klas kt main campus,pas2 masa odw nk blik umh kwn sya plak dk promote kuih rya..hhihi..kuih batang buruk ni mmg kegemaran sya..mula 2 sya cm xnk bli ja..ya la rya lmbat lagi kn..hihi..pas2 dia bg sya cuba ..ape lagi ble dh rasa 2 trus tergoda..hihi..apa lg bli la..hihi..

Ni pn masa dk ngah menaip kwn sya tnya...("hai btg buruk 2 ble lg nk dibukak nye..hihi,esk lusa dh nk puasa")hihi..sya senyum kambing ja,mls nk layan..hihi..nyummm sdp nye..dh lama dh xmkn..hhi..tp awas ble makn jangan bukak mulut..hihi

ai mlm dh mkin tua ni..hihi..ok dada didi dudu dlu..hihi..wassalam..

Saturday, July 24, 2010

SMAP OH smap

salam. pembuka bicara...lama dh sy xbuka blog ni..maklum lah blik cti ari 2 asyik bz ja..skang sy dh stay kt umah sewa..umah sewa ni agak kecik tp cukup la untuk kmi br6 tgal kt cni..sdar xsdar sy dh nk masuk mgu ke3 kuliah..huhu..mcm2 asgmt yg muncul,lpas 1 dtg,muncul lg 1..huh agak pnt gak la..tp btul la org kata,,berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ke tepian.bersakit-sakit dahulu,bersenang-senang kemudian...

Td sy terbuka SMAPonline...tp sy agak terkejut n hairan apsal lak bleh jadi cm ni..huhu...semestr ni sya dh daftar 17jam kredit..pas2 mgu lps sy ad drop 1 subjek,3jam kredit n sya add 1 subjek lain yg 3jam kredit gakk..so semestr ni sy tetp amik 17jam kredit gak la..tp bla sya bukak smap td,sya dapati sya hanya mndaftar 14jam kredit..means subjek yg sya dh add xmasuk dlm sistem ...apa sya risau mgu ni dh abis due date untuk add n drop subjek...ape yg sya dgr ble dh abis due datenye,,kami terpaksa byar rm50 untuk 1jam kredit,,means sya perlu byr rm 150 untuk 1 subjek..huhu..mati la dimana sya nk amik duit ni..harap2 mgu depan xda ape2 byran ..huhu..bleh ka mcm 2..hihi..




Tuesday, July 6, 2010

HoMe sWeeT hOmE...

salam...hah dh lama beno aq xbkak blog ni..huhu..rindu sgt lma dh xmnaip ni..hehe btul la kn org kata RUMAHKU SYURGAKU...aq skang ngah enjoy bcti kt kg..hah tenang ja ase ble dpt bsama ngn ma n ayah kt kg..hilang sgla masalh yg berkeliaran di benak fikiran ni,wlpn xdpt cti lma cm org lain, 2,3 ari pn dh rasa sonok ble dh sampai kt kg ni..,lbh2 lg ble dpt mkn masakan ibu sndiri.nyummy sdp btul air tgn ibu ni kn.hihi..

ermm ble dfkr blik mcm mls ja nk blik u,huhu..dh la aq dh xstay kt hostel dh,bkak sem ni aq akn stay kt umah sewa.brg2 aq dh pndah dh sparh,tgal ckit ja lg yg blum angkut p umah sewa.umah sewa aq 2 xla bsar sgt tp ckup la untuk kmi ber6 nti,..tp aq cm nyesal gak la,tgal kt umah sewa ni,bkn ape umah sewa aq ni agak jauh dri kampus,klu nk kira bkn nye jauh sgt tp disbbkan aq xda transport n terpaksa jln kaki,2 la aq rasa cm jauh sgt.huhu..maybe 9hb ni aq btlak blil johor n 10hb nti aq smpai kt perit king.hihi..td ayah aq suh aq blik kl dlu p umah abg aq yg sulung,ntah la aq cm mls ja nk blik kl,blik johor trus lg senang.hii..lgpn kunci umah aq yhg pgng,so terpaksa ah aq blik perot king awl kit dr dorng...huhu..tp aq cian gak housmate aq nk blik perit king 9hb ni.xpa la pndai2 la kn mntk kunci ummh 2 ngn owner.hihi..

huh dh nk pkul 3pm.stg mk n ayah aq ajak p kebun.hihi..sje ja la p tgk kbn,gpn aq xpnah msuk lg kbn 2.hihi..sonok nye nk p kbun stg ni..

ha cm ni la,ble dh kt kg ni,aktiviti tdo aq tpaksa dikurangkan.hihi..bnyk sgt kojo lein yg perlu di bueknyo..pg td aq p pjbt pos,adik aq suh anta dia pnye dokumen ape ntah. pas2 alang2 aq p pjbt pos singgah la sat kt kdai kain,mklumlah dh hampir sbln lg nk msuk bln ramadhan ni sibuk la,org dk pakat nk bli kain bju raya..hihi..tema bju raya taun ni wrna mrh,alohai kne kojar dek lombu bau tau.hihi..cri pnye cari xjmpa lak kain mrah yg berkenan kt ati,huhu..lantak la lari dr tema ckit pn,jnji dot smbut raya ngn family gak.hihi..so ble dh xda wrna mrah terpaksa aq cri kain wrna lain.huh.skilas pndang mata aq trtumpu kt kolompok kain cotton english,kain nye agak lmbut,bg aq ok la bnding ngn cotton biasa ni.tp corak dia xbnyk,so aq amik ja la kain cotton corak bunga ni,ada gak la wrna mrah ckit kt corak kain ni.hihi.jd la ad gak la wrna mrah kit.hrga dia pn agak mahal gak la.40inggit..tp aq dh puas hati la.sbb kain dia lmbut..biasalah la kn org pompuan ni smgat bab2 kain bju rya ni,kain pasang yg adik aq bg pn aq jhit lg.huh tambah lg 1 pasang kain yg x bjahit.

ptg2 cm ni pekene cempedak gorng ngn teh o panas sdap gak.hihi..tingin nk mkn cempedak gereng la plak.aduhai ble musim cempedak xmau lak mkn, ble dh xda bau la tingin nk mkn 2 lamkn ni la.huhu..biasala manusia ni kn,mcm ragam ad.hihi..perut dh knyang pn asyik dk tngt pasal mkn ja.2 pasal brt bdn smkin hari smkn syng.ekeke..







Tuesday, June 29, 2010

chammy's corner: RAMADHAN...coming soon!!!

chammy's corner: RAMADHAN...coming soon!!!: "Alhamdullah sedar xsdar kte skang dh 16 rejab,cepat ja mase berlalu kn..lbh kurang 42 hari lg kte akn smbt bulan keberkatan,bulan ramadhan...."

Bingkisan Hati..


salam kerinduan....

auuww title bkn main gmpax lg,Bingkisan Hati.....yang lara.hhuhu..ari ni aq mang pnt ssgt coz smlm aq xtdo,asyik ngadap laptp ja.tp sistem xsiap2 gak.huhu..2, la keja last minute mang la cm ni.ape2 yg kte never expected muncul dng tanpa segan silu pn..


ptg td aq ad presentation untk sistem pengurusn wakaf lbh kurang mini psm la.mmang byk gak la kmi kne hentam..tp xla melampau cm presnt psm yg sbnr.. sistem kmi mang xlengkap pn so that's y la kmi kne hentam teruk,but for me,itu bkn la halangan untuk aq mengaku kalah.actually sistem kmi modul ringkas ja tp biasalah krng anlisis,xtau ape requirement untuk system yg kmi nk develop,hancuss la kn.tp ape yg penting aku dpt something yg aq rsa sgt bguna untuk psm aq nti...thanks a lot 2 our panel.bnyk sgt ilmu yg aq dpt td..mudah-mudahan psm aq sem dpn bjlan lancr la.amin...


huh nk ikut kn ati mlm ni gak aq nk blik kg.rindu sgt kt family kt kg.td pn ma aq ad called,tnye ble nk blik kg.huhu..pg td pn kwn aq da msg,ajk p skolah nk amik sjil stpm pas2 jmpa kwn2 ex -f6 smk pahi..huh ini lah antara penyebab yg membuatkan aq xthan rindu nk blik kg..


Biasalah la kn,xsemestinye ape yg kte nk kte akn dpt..aq trpaksa jmpa supervisor 5hb ni nk present system..mntk2 la system kmi kali ni xda ape2 mslh lg..n then after present aq trus chow blik kg..yahuuuu sonok nye..tp yg xsonok nye,adik aq dh blik arau dh time 2.dorang 5hb dh start class.xsmpat gak kmi nk mkn pizza sma..

hihi mlm2 cm ni ngidam nk mkn pizza la plak.huhu..




Monday, June 28, 2010

RAMADHAN...coming soon!!!


Alhamdullah sedar xsdar kte skang dh 16 rejab,cepat ja mase berlalu kn..lbh kurang 42 hari lg kte akn smbt bulan keberkatan,bulan ramadhan..ble sbut ja bulan puasa ramai je yg suke,xsbr nk tgu ble nk raya..hihihi..(tingat aku mase zman knak2 dlu xsbr nk tgu raya sbb nk kumpul duit rya..hihi)..huhu..kwn ak yg non muslim pn ad gak yg xsbr nk tggu ble bln puasa..ak pnah tnya dia,nape xsbr tggu bln puasa,ktanye dia suka sbb bln puasa bnyk bazar ramadhan jual pelbagai juadah berbuka.hihi..

Antara sedar atau tidak, puasa banyk rahsianya, diantara rahsia puasa ialah kita dpt mengetahui ape yg kte kecapi sebelum ini adlh 1 nikmat dr Allah swt.Kebanyakan penyakit adalah brpunca dari perut/makanan.Justeru itu cara yang terbaik adalah dngn berpuasa.

Puasa dapat mendidik kemahuan.Sebagaimana di dalam buku hasil tulisan Dr Yusuf Qardawi,tiada sekolah yang lebih efektif untuk mengajar kemahuan dan kesabaran melainkan sekolah puasa yang dianjurkan oleh islam.

Antara sabda Rasulullah SAW
"Hai para remaja,barangsiapa antara kamu telah mampu berumahtangga,maka segeralah kahwin,kerana sesungguhnya perkahwinan itu dapat menundukkan pandangan dan lebih menjaga kehormatan,namun bagi mereka yang belum mampu(berumah tangga), maka hendaklah ia berpuasa,kerana puasa baginya benteng,"

Antara hikmah puasa dan kelebihan bulan Ramadhan adalah :
  • Pertama seluruh umat islam sama berpuasa.Dngn ketibaan Ramadhan, umat islam di seluruh dunia serentak mengerjakan puasa dlm satu masa tertentu. Ini menjadikan mereka bersatu hati dan hanya mengabdikan diri kepada Allah Yang Esa.
  • Rasa insaf dan syukur
  • Takwa
  • Menyembuhkn penyakit
  • Latihan kesabaran
  • Mendapat kasih sayang Allah
  • Perayaan amal ibadah.Ini kerana pelbagai ibadah dpt dilakukan dlm bulan ramadhan yang mana setiap amal ibadah yang dilakukan akan digandakan pahalanya.
  • Keampunan Allah
  • Pintu syurga terbuka.Di mana pada bln ramadhan ditutup segala pintu2 neraka dan syaitan dirantai supaya tidak mengganggu manusia.
  • Malam nuzul AQ.(17Ramadhan)
  • Malam lailatul Qadar.Iaitu terdapat satu malam yg padanya trdapat saat penuh keberkatan menyamai 1000bulan(83thn 3bln) ganjaran pahalanya drp Allah swt.