Tuesday, November 2, 2010

PERANG SALIB:PEMBEBASAN PALESTIN

Salam pembuka bicara...aloh lamo beno dh xupdate blog ni..hihi..biasalah ceq membusykan diri sejak 2 menjak ni.hhihi..malam ni ase cm rajin lak nk menaip..sebenrnya xtau pa nk buat,dh penat2 kmas buku,ternampak lak buku yang beli ari 2.xabis baca pun lg..dah xda keja sngt ceq amik lah buku ni baca buku la konon..hihi..rajin ank sape nih..huhu..

belek punya belek buku tu, tetiba mata terfokus pasal lak kisah perang salib ni..actually dh lama dh nk tau lebih lanjut sal kisah perang salib ni,mlm ni dpt peluang baca,pa lg baca la..huhu..

kisahnye cm ni.....ihihi



**************


PERANG SALIB: PEMBEBASAN PALESTIN


Salah satu peristiwa yang berlaku dalam bulan Ramadhan adalah peritiwa Perang Salib yang berlaku pada ramadahan 584 Hijri. Perang Salib tercetus apabila Pope Urban II,Paderi besar Kristian seluruh dunia mengadakan sidang paderi di Clermont, Perancis pada bulan November 1095. Dalam sidang paderi itu, Pope Urban II menyentuh sensitiviti umat kristian yang melakukan ‘ haji ‘ di Jerusalem. Sebenarnya, Empayar Islam Seljuk (1037-1194m) meluaskan pengaruhnya ke atas empayar Rom Byzantine (330-1453m) di turki. Dalam pertempuran Manziket pada 26 Ogos 1071,Tentera islam Seljuk pimpinan Alp Arslan berjaya mengalahkan tentera Rom Byzantine pimpinan Romanos IV Diogenes.Empayar Rom Byzantine ketika itu meliputi Turki, Greece sebahagian mesir,Jordan dan Jerusalem.Bagi menyelamatkan empayar Maharaja Rom Byzantine,Alexios I Komnenos meminta pertolongan dari Eropah.

Ucapan penuh emosi Pope Urban membangkitkan semangat dalam kalangan umat kristian di seluruh dunia.Dalam ucapan itu,Pope Urban sekali lagi menuduh umat islam memasuki Jerusalem lalu memusnahkan rumah ibadah kristian di sana.Sehubungan itu,belia menggesa umat kristian supaya membebaskan Jerusalem daripada pemerintahan islam Seljuk termasuk Bathelehem,Nazareth dan Galilee. Tempat –tempat ini dianggap suci mempunyai kaitan yang rapat dengan agama kristian terutamanya tempat nabi Isa dilahirkan sehingga belia didakwa disalib di sana.

Pada masa yang sama,mereka tidak sedar antara kebenaran yang disampaikan oleh Pope Urban yang tidak melampirkan sebarang fakta dan sumber yang tepat. Apa yang berlaku adalah mereka terkejut dalam angan2 yang direka oleh pope Urban demi mencapai impiannya. Bertitik tolak dari sini,Pope Urban menubuhkan pasukan tentera salib bagi menyerang dan merampas tempat2 suci orang kristian daripada pemerintahan Islam.Beliau juga menjanjikan mereka yang mentertai pasukan ini akan mendapat keberkatan Jesus sehingga misi ini berjaya.Vatican turut mengumpul sukarelawan perang dan menjanjikan syurga dan penghapuskan dosa.Mereka juga mengatakan membunuh umat isalm adalah halal dan mereka yang berbuat demikian dijamin masuk syurga

Apabila sidang paderi Kristian itu selesai,ramai di kalangan orang kristian yang sukarela mahu menyertai tentera Crusade. Pihak Vatican mengirim surat kepada raja-raja Eropah meminta bantuan beserta sukarelawan daripada rakyat mereka. Dalam masa yang singkat,kandungan ucapan Pope Urban tersebar ke seluruh Perancis. Ramai dikalangan pemimpin,ibu bapa menggesa supaya akyat dan anak-anak mereka menyertai tentara itu sekaligus bakal mendapat harta rampasan yang banyak selepas perang.
Bagi sesetengah paderi mereka menganggap ini adalah kuasa tuhan Jesus yang menggerakkan hati mereka untuk menyertai Crusade walaupun sebahagian besar daripada mereka hanya menuntut harta di tanah Jerusalem berbanding dengan mereka yang benar ikhlas kerana agamanya.

Seluruh penduduk miskin di Eropah bahkan hingga ke Scotland menyerti pasukan itu. Mereka mengadai tanah dan ternakan mereka sebagai modal dalam perang Crusada.Masing2 mewakili wilayah daerah di bawah pimpinan pemimpin,bangsawan dan anak2 raja. Setahhun selepas ucapan Pope Urban,pasukan besar Crusade dibentuk. Pada musim buah tahun 1096,mereka bertolak dari perancis menuju ke Jerusalem.mereka dipimpin oleh padeeri yang terkenal dan hebat berpidato iaitu Peter Hermet.Beliau terkenal dengan watak zuhud,berkaki ayam dan menunggang keldai.hampir setiap kawasan yang disinggahi beliau diajak bagi menyertai tentera salib.

Pasukan ini berlepas dari Cologne di Jerman pada bulan Mei 1096.Peter memikul kayu salib besar diikat di belakangnya.Tentera2 juga memakai uniform yang mempunya tanda salib pada kain mereka.kerana itu mereka dikenali sebagai Perang Salib.

************************************



actually pnjang lg kisah perang salib ni..tp untuk entry kali ni,sampai cni ja ek..kte continue lak ntii..