Sunday, January 20, 2013

~MonDay Blues~wek

Salam semua..woa dah penghujung bulan januari 2013..hujung xhujung sangat la kan.. tapi masa ni cepat ja pejam celik pejam celik dah nk abis bulan januari..huhu..
dah lama tak menulis menaip kt buku online ni..rindu rasenye(ceh poyo r..hahha)
xde apenye yg saya nk tulis  tapi untuk harini ape kate kite sama2 hayati dan amalkan petikan kata dari ustaz zahazan yang sngt2 bermakna..

"Aliran Harta umpama air yang mengalir,Selagi air mengalir selagi itulah ia bersih dan jernih.Jika ia bertakung,maka ia akan kotor,berkeladak dan akhirnya tersekat.justeru itu mari sama2 kita alirkan harta kita dengan mengeluarkan zakat,sentiasa bersedekah dan berjihad ke jalan Allah.InsyaAllah dengan cara itu lebih banyak air(harta)akan mengalir dalam kehidupan kita."

Monday, July 2, 2012

Pengadu tidak mengadu kepada pengadu.

Pengadu tidak mengadu kepada pengadu.
(Asy-syaki la yasyki lil syaki) pepatah Arab.

erm ape ni.xpaham la..pengadu tidak mengadu kepada pengadu??1st tyme baca ayat ni n cuba nk paham memang xpaham..pastu bile baca penjelasan oleh ustzah Fatimah Syarha baru la aku paham..huhu..rupanye memang ada la di kalangan kite yg mengadu kt kawan2,kt mak ayah yg kite ni xda duit la,stress la,,xde itu xde ini kn..kn..kn???kadang tu gaji dah cukup tinggi tapi still ckap xde duit,xcukup duit n bla2 bile diajak untuk melabur di akhirat TAPI bile kwn ajak shopping huh laju je..bedesuppp..kalah unifi(ngeng..xde kaitan..hihi)..

Sebenarnye maksud ayat di atas tu mcm ni..ciss..nk bagi maksud ayat pon kemain susah nk susun ayat..hihihi..si pengadu tu maksudnye manusia..kite sume ni la kn..kot ade yg baca blog ni bukan manusia xtau la kn..huh..takot..hihi...

bak kata ustazah Fatimah Syarha kite manusia ni bnyak benda yang nk nak kite adukan,stress kt tempat keja kite nk adukan,,kt opis bnyak keja pon kite nk mengadu kt  manusia,,sedangkan kite tahu bile kite mgadu kt manusia,manusia itu banyak masalahnye..baik kite mangadu kt Allah..sbb Allah tiada masalah:)


so conclusion nye, jangan mengadu kt saye..saye hanya mampu mendengar..tapi adu lah pada Allah swt..dialah yang selayak-layaknye untuk mendengar aduan anda..kite xperlu mengadu kepada manusia kerana setiap manusia xkan lari dari masalah walhal kite tahu Tuhan ada untuk mendengar segala luahan kite kenapa kite xnak mengadu pada Dia..kn..kn....



Tuesday, June 26, 2012

SOLAT DHUHA


KEUTAMAAN MENGERJAKAN SOLAT DHUHA

Ianya Amalan Berbentuk Sedekah

Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ

وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ

وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.

Maksudnya:
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720.

Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari
Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.

Maksudnya:
Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097.

Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah
Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallambersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat
Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748.


TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT DHUHA

Waktu Mengerjakan Solat Dhuha
Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’:

Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.

Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:
Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat…– Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535.

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.
Maksudnya:
Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748.

Jumlah Rakaat Solat Dhuha
Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan hadis-hadis berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat rakaat. Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.

Daripada Anas bin Malik radhiallahu’ anh bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-Syamaail, Bab Sholat al-Dhuha, no: 273.

أُمِّ هَانِئٍ فَإِنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ بَيْتَهَا يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ

فَاغْتَسَلَ وَصَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ.

Maksudnya:
Daripada Ummu Hani’, dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176.

Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti dibawah:

وَعِنْد اَلطَّبَرَانِيّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى اَلضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ اَلْغَافِلِينَ ,

وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعًا كُتِبَ مِنْ اَلتَّائِبِينَ , وَمَنْ صَلَّى سِتًّا كُفِيَ ذَلِكَ اَلْيَوْمَ ,

وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِيًا كُتِبَ مِنْ اَلْعَابِدِينَ , وَمَنْ صَلَّى ثِنْتَيْ عَشْرَة بَنَى اَللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي اَلْجَنَّةِ

Maksudnya:
Dalam riwayat al-Thabarani daripada hadis Abu Darda’ secara marfu’ disebutkan: Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya rumah di syurga. – rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadis Shahih al-Bukhari no: 1176. Namun status hadis ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin Ya’qub al-Zami’i yang terdapat dalam sanad hadis ini telah didha’ifkan oleh Ibnu al-Madini namun dinilai tsiqah pula oleh Ibnu Ma’in dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini lemah namun diperkuatkan oleh hadis Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar hanya sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadis ini dha’if. Wallahu’alam.

Berkaitan dengan dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang tertentu adalah:

مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:

كَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟

قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.

Maksudnya:
Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?
Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719.

Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha

Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri

AHLAN WASAHLAN


Salam sume..yaAllah rindunye kt chammy's corner ni..hihi..lamo beno dah x update blog ni..rindu nk berblog plak asenye..hihi..

Alhamdulillah skrang aku dah keja..sama opis ngn misz tya tapi dep lain2..so skop keja mmg lagsung xsama la.bile terbace n3 yang leps bnyk gak impian aku yg dah tercapai n bnyk jgak yg xtercapai..mudah2an semuanye akan tercapai la kan..tapi sehebat mana pon perancangan kite,hebat lagi perancangan Allah SWT..

skrang kite dah masuk bulan sya'ban..arini dah 6 sya'ban..tingal 24 hari lagi lebih kurang untuk kite sama2 memasuki bulan yang ditunggu2 dan dinanti2kan oleh umat islam iaitu bulan Ramadhan..rase cepat je kan mase berlalu..first entry aku pon dlm buln ramdhan 2 tahun lepas xsilap..waa cepatnye mase berlalu..mkin hari mkin tua..huhu..semoga amalan kite pon sama2 bertambah sesuai dengan pertambhn umur kite.amin...

Monday, January 16, 2012

Nasihat Hati??

Alhamdulillah kte masih lagi diberikan kesempatan untuk menghirup udara segar dan masih diberikan peluang untuk bernafas di bumi Allah..amin...



Skarang ni dah masuk minggu ke3 untuk bulan J
anuari bagi tahun 2012..Saya suka dgr perupamaan ni " umur makin meningkat usia makin berkurang.." betul la kn..umur kite je makin hari mkin bertambah,tapi usia??semakin lama kite hidup, smkin dekat kite dengan kematian..

Alhamdulillah banyak impian saya tahun lepas yang dah tercapai dan hampir tercapai..antaranya
1)nk abiskan latihan industri
(Alhamdulillah result LI dah kuar arini..syukur LULUS dengan jayanye....)

2)nk abiskan pengajian ijazah sarjana muda teknologi maklumat&multimedia
(Alhamdulillah dah abis blaja tapi grad lambat lagi..buln 10 nti asenye..)

3)amik lesen kereta..huhuhu
(Bru dapat L..huhu..orang lain dah lama dah dapt,saye bru nk buat..huhu..)

4) nk KERJA...
(Alhamdulillah tdi sahabat saya tya ada msg bgtau ari khamis ni kne p interview kt opis dia..mudah2an dapat la..)

5)nk beli KERETA
(yg ni kene tunggu dapat keja n dapat lesen dulu la..bru bolh beli..hihi)

yang lain2 impian tu biarlah rahsia..hihi..tapi apepon saya nk balas jasa ma n ayah saye dulu.. walaupun kite xtermampu pon nk membalas semua jasa kedua ibubapa kite atleast kite buat la sesuatu yang mampu membahagiakan dorang..

saya xtau nk gambarkan perasaan saye skrang ni..rasa hepi of course la dah abis blajar(walaupun belajar ni orang kata xkan abis,sampai mati pun still kene blajar.)tapi rase takut tetap ada..takot untuk menghadapi suasana alam pekerjaan yang sgt2 mencabar...

ape pon hidup mesti diteruskan...mudah2an ape yang dihajati akan menjadi kenyataan disamping usaha yang berterusan..satu lagi doakan saye berjaya untuk mengikuti kursus Skim Latihan 1 Malaysia ye..InsyaAllah kalau dah tertulis reseki kite disitu, adalah nanti..yang penting kite jgn mudah give up dan sentiasa usaha untuk dapatkan yang terbaik di dalam hidup kite..dunia dan akhirat..insyaAllah..

Sunday, November 20, 2011

~GA KOLEKSI RESEPI NANNIE~I menang..hehe..sukenye..

Bismillahirrahmanirrahim...

Ape kabar sume??sihat??alhamdulillah.. semoga kite sentiasa diberikan nikmat kesihatan yang berpanjangan k..kalo yang sakit tu xpe,insyaAllah sakit tu akan menghapuskan dosa2 kecil kite..mudah2an..amin...

Syukur Alhamdulillah arini aku dapat tau yang aku ni salah sorang pemenang GIVEAWAY KOLEKSI RESEPI NANNIE..hihi..waaa sgt2 excited sbb dah menang ni..k kalo xcaye korang blh klik SINI..hehe..

Thanks kak nannie sbb anjurkn GA KOLEKSI RESEPI NANNIE ni..thanks gak buat adik adam n adlina..wa sayang lebih la kt adik 2 orang ni..hihi..

Saya menang GA8..BUKU SERI KEK DAN BISKUT..:)

Gambar kredit 2:kak nannie..


Thursday, November 17, 2011

Giveaway Koleksi Resepi Nannie..

Bismillahirrahmanirrahim..

hai sume..tadi jln2 singah kt blog kak nannie ni..dia ada buat giveaway..syaratnye cukup mudah..anda perlu menjadi follower blog kak nannie ni n then tingalkan jejak..(link blog korang or emel k..)
ni 1st tyme saya join giveaway..so kalo korang nk join sempat lagi ni,sampai kul 12 mlm ni,pagi esok kak nannie ni akan buat cabutan secara rawak..so ape tunggu lagi..join la..hihihi..