Saturday, February 26, 2011

~Kesayanganku~

Bismillahirrahmanirrahim...
"Ya Allah ya tuhanku kuatkanlah hatiku untuk menerima dugaan yang kau berikan padaku"..amin...

uwaaaa..aq xtau bila kejadian ni berlaku..tp Alhamdulillah sampai skrng aq masih lagi mampu bertahan walaupon sedih sgt dengan apa yang dh berlaku..Redha je la kn..tp aq nk bgtau sapa yang buat tuh memang tak berkat hidupnya..korang xkan rasa aman..huhu..

Erm sebenarnya xda la teruk sangat pon,kedua-dua side mirror ngn lampu belakang moto aq kne curik..ntah sapa yang buat..tadi lepas maghrib housemate aq bgtau pasal..lepas tuh aq trun la p tgok..aq tinggal kt umh flat..biasa lah kn umh flat ni xbpe nk selamat ckit..even di siang ari pon aq xberani nk kuar sorang2..bahaya weh kt sini,lagi2 aq duk tingkat 4 xda orang sangat pastuh sunyi lak tuh..aq klu xda klas or xda hal yang penting2 mang aq xkuar lar jalan sorang2..kite gilr klu nk kuar, kne kuar ramai2 baru slamat kn??..

Opps dh terlajak ke lain palk..ha ni sambung cter pasal moto kesayangan aq tadi tuh,bila aq turun tgk mang t'peranjat la,aq ingat moto aq ja cmtuh,ghupanya moto yang parking kt situ banyak gak yang kene curi..tapi motor aq la yang paling teruk..2 bnda yang hilang..kebanyakan aq tgk tadi side mirror moto yang duk parking kt situ abis dah xdak..kne curik..tapi apapon aq tetap bersyukur ,side mirror ngn lampu blakang tu je kne curi..klu c pencuri tuh curi ngn motor2 skali lagi lah aq xtau nk buat apa..huhu..


.:berharap agar dilembutkan hati pencuri tuh untuk hantar balik barang2 yang dia curi tuh..




Wednesday, February 23, 2011

Surah Pilihan~Surah Al-Kahfi~


~Surah Al-Kahfi~


Weh cepatnya masa berlalu, pejam celik, pejam celik dah nk masuk ari jumaat blik. Teringat apa yang ustazah aq bgitau dalam kelas suatu ketika dulu, katanya di akhir zaman ni kita akan merasakan putaran masa terlalu singkat..memang btul pon kn? cepat ja..sedar xsedar umo aq skrang pon dh nk masuk 23taon..dh tua dah..huhu

Ha memandangkan esok lusa dah nk masuk hari jumaat apa kata kita berkenalan/ fahami dengan lebih lanjut tentang fadhilat, keistimewaan dan hikmah yang terdapat dalam surah al Kahfi ni.

Tadi aq da belek-belek buku 40 surah pilihan terbitan darul fajar yang disemak oleh Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz...Buku ni memang best..dan tak rugi anda memilikinya..hihi(promot buku lak)

******************************

Erm surah Al Kahfi ni (bererti gua) adalah surah yang ke -18 di dalam ayat Al Quran, yang mengandungi 110 ayat. Ia dinamakan Al Kahfi kerana dari ayat 9 hingga ayat 26 menceritakan penduduk gua yang ditidurkan oleh Allah swt selama lebih tiga ratus tahun, demi iman mereka yang amat teguh terhadap dasar tauhid.

Terdapat beberapa hadis Rasulullah saw yang menyatakn berbagai fadhilat,faedah dan hikmat bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al Kahfi. Diantara sabda baginda yang diriwayatkan oleh Al Baihaqi dari Abu Said Al Khudri bermaksud:

"Sesiapa yang membaca surah al Kahfi pada malam jumaat maka terpancarlah cahaya diantaranya dan baitullah."

Antara lain pula, Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda' daripada nabi saw ,baginda bersabda:

"Sesiapa menghafaz sepuluh ayat permulaan surah al kahfi maka terhindar lah daripada dajjal"
(HR Muslim,Abu Daud, An Nasai,At Tirmizi daripada Qatadah)

Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda', nabi saw bersabda:

"Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripda surah al Kahfi, maka terhindarlah ia daripada itnah dajjal"
(HR Muslim dan An Nasai)

Selain dari itu sebuah lagi hadis Rasulullah saw bermaksud:

"Sesiapa membaca surah al Kahfi pada malam atau siang hari jumaat, maka diampunkan dosanya hingga jumaat akan datang; dan tujuh puluh ribu malaikat memohonkan rahmat kepada Allah swt hingga waktu subuh, dan dijauhkan Allah dari terkene wabak penyakit demam panas atau taun; penyakit sopak;dan dijauhkan dari fitnah dajjal."


***********************

Teringt plak masa zaman aq sek dulu..surah al Kahfi ni juga adalah antara surah yang kitorang selalu baca n berusaha untuk hafal masa duk kt asrama dulu..memang banyak fadhilatnya..antaranya untuk elak dari fitnah dajjal...

Siapa itu dajjal??

Dajjal ni sebenarnya seorang pembohong besar yang akan keluar di akhir zaman yang mengaku sebagai tuhan. Iia digelar al masih kerana menjelajahi seluruh dunia bagaikan hujan yang dibawa oleh angin kecuali terhalang masuk ke Makkah dan Madinah. Dajjal seorang yang buta sebelah matanya serta tertulis diantara kedua matanya 'kaf fa ra' yang hanya dapat dibaca oleh orang mukmin. Fitnahnya sangat besar dan diantaranya dan diantaranya memerintahkan langit untuk menurunkan hujan maka turunlah, memerintahkan bumi untuk menumbuhkan tanaman maka tumbuhlah.kemunculannya telah ditegaskan oleh sunnah dan ijma'. Dajjal ini nanti akan dibunuh oleh nabi Isa. Nabi Isa pula akan wafat dan disolatkan oleh kaum muslimin.

**Banyak hadis Rasulullah yang menceritakan tentang fadhilat surat Al Kahfi ni. Di dalam surah ini juga Allah swt ada menceritakan mengenai nabi Allah Musa as yang mencari ilmu dan bertemu dengan Nabi khidir as yang bermula dari ayat 60 -ayat 82.


Monday, February 21, 2011

apple vs manggis

Hikhik..apa da apple vs manggis..erm ari ni adalah hari pengundian pemilihan calon MPP 2011 kt universiti aq..kt U ni pon mcm politik kt M'sia gak..ada kerajaan ada pembangkang..Tapi kt U ni juz ada 2 pihak jer. pihak Aspirasi(Apple) ngn pihak proMahasiswa(Manggis)..ntah ler sapa yg bagi nama apple ,manggis bagai..hihi..Tp pepepon aq dah jalankan tgjwb aq sebagai pemilih..td dalam jam 12 lebih aq ngn member dah p mengundi..wlpun aq xkenal pon sapa calon tuh aq p je lah ngundi..(tngjwb 2 beb!)..nk kata sume calon aq xknal tipu lar kn..ada ler sorang 2 yg aq knal tuh..




Bagi aq proses pemilihan MPP UTHM kali ni paling xbest..xbest disini bukan pasal mengundi taon ni aq dapat air kotak ngn kuih(U dah xda budget kot.hihi) jer tapi xbest maksud aq disini ialah proses pemilihan calon yg bermula dari penamaan calon dan juga proses berkempen sngt2 tidak memuaskan klu nk dibanding dengan taon2 sebelumnya..aq kt U ni dah 3taon dah..so nampak la kn berbezaannya.

Tapi pepepon Alhamdulillah proses pengundian tadi berjalan ngn lancar ler..tp kesian kt kwn aq tuh..orng kuat HEP amik no kad matrik dia sbb ada kes..kes apa biarlah rahsia..hihi..kes kecik jer pon.dorang nk buat apa ntah ler,aq pon xtahu..tapi pada hemah aq xda ape kot.ada ler salah faham tuh,..alah biasa ler tuh kot..huhu..

Friday, February 18, 2011

Wahai Wanita.........



Today is Friday.(padahal sume org tau hari ni hari jumaat..hihi)..ari ni ari yg plng aq suke sbb esok kn cuti..hehe..

Erm cpat btol detik masa berlalu ni kn,pejam celik pejam celik dah nk masuk mgu ke 7..PSM aq xsiap2 pon lagik..huhu..takutnye..ptg tadi ada briefing for Industrial Training..huh makin belambak ler keja nk kne disetelkan..

Ha tadi aq saje belek2 buku hadiah buat Muslimah,ada satu puisi yang amat menarik untuk kite hayati bersama.. Jom layannnnnnn.......
Fikir-fikirkan dan selamat beramal..(^_^)





***********************


Mampukah aku menjadi seperti khadijah
Agung cintanya hanya pada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan Fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama...

Dapatkah kudidik jiwa seperti Aisyah?
Isteri rasulullah yang bijaksana
Pendorong takkala kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan
Lantaran keikhlasan yang sentiasa bersarang
Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan ayahandanya yang sentiasa berjuang
Tiada sebarang harta dunia
Layaklah dia penghulu wanita syurga...

Ketika aku marah
Ingin kuintip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah
Mampukah aku menjadi wanita solehah seperti mereka?
Mati dalm keunggulan iman
Bersinar indah,harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah...



*******************
Petikan dari Hadiah Buat Muslimah..

Wednesday, February 16, 2011

Huru-hara kiamat


Fasa Kehancuran Alam Semesta..

erm td aq ada baca 1 buku siri ensiklopedia akhirat..kalau tak silap ia ada 4 siri..yang aq baca skunk ni siri 4:huru hara kiamat...

Dalam buku ni banyak ler yang dicerita mengenai kiamat yang pasti akan berlaku..cumanye kite tidak tahu bila ia nya akan berlaku..Dalam buku ni sebenarnya banyak kupasan mengenai kejadian dan tanda2 besar kiamat yang disentuh secara detail oleh seorang pengkaji di Jabatan Agama Universiti Arab Emirate iaitu Syaikh Mahir Ahmad Ash Shufi.

Antara yang menarik adalah kupasan mengenai Manusia yang terakhir..."seburuk-buruk manusia adalah yang terakhir". Sebenarnya kita yang hidup sekarang ni adalah umat di akhir zaman dah pun.aq rasa xperlu kite nk tgk apa salah/silap org,tgk diri kite dulu,aq sndiri pon bnyk jgak buat dosa,biasalah kan manusia xterlepas dari membuat kesilapan..TAPI kite xboleh nk jadikan alasan itu untuk kite terus buat maksiat/perbuatan yang keji tuh.

ops berbalik pada kupasan tadi,peristiwa hari kiamat(terjadinya kiamat) hanya berlaku pada manusia akhir zaman yang buruk dan keji,sesat,syirik dan kafir dan yang paling hina disisi Allah swt.Oleh sebab peristiwa ini amat dasyat Allah swt menyayangi sesiapa saja yang mempunyai keimanan di hatinya walaupaun sebesar zarah dengan mencabut nyawanya sebelum berlakunya kiamat bagi menghindari mereka dari menyaksikan peristiwa tersebut dengan mata mereka sendiri. Oleh itu pada masa berlakunya hari kiamat mereka yang menyaksikannya adalah orang yang tidak mempunyai keimanan sedikit pun dalam hatinya. Padahal mereka dikurniakan dengan pelbagai nikmat dari Allah swt..~Subhanallah~


Antara petikan hadith berkaitan hari pembalasan ni..sebagai peringatan untuk diri aq sendiri dan sesiapa saja yang membaca or terbaca ruangan chammy's corner ni.huhu...

"Hari kiamat tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda,kemudian Baginda menyebutnya:Asap, dajjal,binatang melata,matahari terbit dari baratturunya nabi Isa B MaryamYa'juj dan Ma'juj,terjadinya tiga gerhana; di timur, barat dan di wilayah arab dan akhirnya adalah munculnya api dari Yaman(Adn)yang membawa manusia ke padang Mahsyar."(HR Muslim)